Friday, June 17, 2011

BAHASA ARAB MUDAH

Sering diiklankan tentang cara mempelajari bahasa Arab mudah. Tetapi apa yang diajar masih susah. Labih banyak yang mengajar tentang bahasa dan bukan mengajar bahasa. Yang diingini ialah bagaimana untuk menyusun ayat-ayat mudah yang ada kaitan dengan kehidupan harian.
Minggu ini selesai kerja-kerja mengendali dan memimpin Daurah (Kursus) Bahasa Arab. Masalah pelajar kita ialah penggunaan. Mereka (1) tidak bercakap. (2) tidak rajin membaca. (3) tidak menonton di tv atau filem (memang tak ada).
Banyak membaca (walupun tak faham) boleh membantu penggunaan bahasa. Menonton juga boleh membantu untuk menyebut dengan betul.
Saya teringat masa student dulu berkesempatan ke Frankfurt (German). Kawan-kawan kata orang Jerman sombong. Semasa saya dan kawan sepengembaraan (sekarang Dato) sampai, kami bertanya kepada seorang pakcik Jerman dalam bahasa Inggeris yang "polite". Dia cuma angkat bahu dan cemik mulut (tanda tak tahu).
Saya ucapkan terima kasih "Dank" ("Thank" dlm B. Jerman saya dengar dalam filem2 combat). Pakcik Jerman itu terkejut. Dia berpaling dan panggil kami "Kom! Kom!" (saya agak "coame"). Saya datang dan dia tanya balik agaknya kerana saya dapat mengagak dari antonasi suaranya. Saya jawab dalam bunyi Jerman (yang penting berani jawab). Dia kata (sambil melihat peta yang saya paparkan di hadapannya) jawapan tempat yang kami cari. Yang saya faham "ausgang" (keluar) "ingang"(masuk), "ja" (disebuta ya) dan "dank" (thank). Apa yang boleh saya buat ialah mengangguk dan mengulang balik kata-katanya dan ucapkan terima kasih sebagai tanda faham.
Bila kami berjalan pergi, dia macam tak puas hati. (Mungkin menyesal kerana tak melayan kami dari awal pada hal saya mengetahui bahasa Jerman menurut tanggapannya). Dia panggil lagi "kom!". Kami datang dan dia meletakkan tangan kanan dan kirinya di bahu kami kemudian menunjuk jalan di depan kami tapi kali ini giliran saya pula mengatakan "Ingang" dan giliran dia menjawab "ja" dan seterusnya belok kanan, belok kiri "ingang dan ausgang" dan dia terus kata "ja! ja!" dan akhirnya saya kata "dank" dengan sebutan jerman sebijik macam dalam filem "combat" (zaman itu 1960an dan 70an masyhur filem tu).
Kelihatan dia berpuas hati dengan penerangan saya (macamlah saya faham betul cakap jerman). Dia melepaskan kami pergi dan bila saya menoleh ke belakang, beliau masih lagi memerhatikan kami untuk mempastikan kami di hala yang betul. Begitulah ramahnya orang jerman.
Mengembaralah! Kerana anda akan melihat keadaan masyarakat yang sebenarnya. Beranilah bertutur dalam bahasa Arab, kerana penutur aslinya juga tidak menggunakan jalan bahasa yang tepat. Mereka pun tahu kita bukan Arab.