Monday, October 5, 2009

Aidil, idil, idul dan aidin

Bila datang syawal (sebenarnya syawwal) berbagai gaya orang menyebut aidil. Perkataan sebenarnya dalam Bahasa Arab ialah " 'ied " ( عيد ). di Indonesia mereka sebut hampir tepat iaitu idul (dengan slanga Jawa ditekan pada "dul"). Dalam kad raya selalu disebut minal aidin. Sebuah lagu yang dinyanyikan menyebutkan minal aidin wal faizin (yang sebenar). Penyanyi di Malaysia selalu menyebut minal aidil wal faizin (mungkin mereka sangka dari perkataan aidil fitri).
Bertanyalah kepada yang tahu supaya nyanyian itu lebih tepat maksudnya. Jangan pakai ikut sedap sahaja. Penulis-penulis ruangan hiburan juga tak berbunyi kerana merekapun tak tahu.
guru Bahasa Arab kena betulkan hal ini. Minal 'aidin ( من العائدين والفائزين ) bermaksud (mudah-mudahan diterima ibadah puasa sebagai) dari kalangan orang yang meraikan dan berjaya. Sepatutnya dan selayaknya orang yang sudah tamat menjalani ibadah puuasa Ramadhan meraikah kejayaan ini.

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Antara Syawal dan Ramadan, yang mana satukah sepatutnya disambut?
Dari banyak Hadis s.a.w. sambutan kepada Ramadan adalah istimewa. Bukannya Syawal. Perhatian dan tumpuan sepenuhnya diberikan untuk melaksanakan ibadat puasa Ramadan, ibadah-ibadah sunat yang lain seperti Tarawih (Melayu sebut: Terawih. Bahasa Arab tidak ada TE), membaca al-Quran, bersedekah (Bahasa Arab: SADAQAH) dan lain-lain.

Syawal hanya disambut untuk mengisytiharkan bahawa pada 1 Syawal seseorang itu tidak berpuasa dan sudah berbuka. Itu sahaja!

Kenapalah susah-susah menyambut Syawal?!