Sunday, June 17, 2012

PEPERIKSAAN KELAYAKAN
Ada bekas pelajar yang telah berada di Kaherah menunjukkan contoh soalan Ujian Kelayakan. Tidak ada yang istimewa selain memperlihatkan kemahiran menggunakan Bahasa Arab. Apa yang dibimbangkan, ada pelajar yang akan minta guru tolong menjawabnya dan kemudian menghafalnya. Cara ini ADALAH CARA YANG SALAH untuk membantu pelajar. INGATLAH!  Menghafal bukanlah satu-satunya cara dalam mempelajari Bahasa Arab. Ia perlu dimahirkan. Untuk menjadi mahir, pelajar mesti rajin membaca dan menulis karangan (Insyak) dalam bahasa Arab.
Guru-guru Bahasa Arab tidak sepatutnya membebankan pelajar dengan hafalan. Beri mereka latihan, mungkin lambat sedikit kerana untuk menjadi mahir perlu banyak latihan. Setelah mereka mahir, guru hanya memberi panduan dan pelajar sendiri akan terus mencari dan mencari. Tapi itupun berlaku bagi pelajar yang rajin. Bagi pelajar yang TERLATIH DENGAN MENGHARAP KEPADA GURU (spoon feeding) mereka tidak akan tahu cara untuk berjaya melainkan apa yang disuruh hafal oleh gurunya.
Tidakkah kita malu dengan mereka yang mempelajari bahasa Inggeris? Jika mereka kena menghafal, tentu nasib mereka sama seperti pelajar Bahasa Arab. Cuba perhatikan bila mereka ditanya "How are you?", spontan mereka jawab "Fine, thank you.". Bagaimanakah hal ini terjadi? Tidak lain kerana mereka TERBIASA. Guru masuk kelas selalu bertanya demikian dan mereka spontan menjawab. Ada masalah?
Bagaimana dengan Bahasa Arab? Adakah mereka terbiasa dengan keadaan ini?
Jika dikatakan Bahasa Arab banyak pertukaran "dhamir" (ganti nama), Bahasa Inggeris juga ada, cuma mereka tidak suruh pelajar hafal. Mereka terus praktikkan sahaja. Contoh I (saya), kalau "Buku saya" = My book. (bukan I book atau book I) orang Melayu saja yang kata "Itu buku I." (Inggeris bukan Melayu pun bukan). Bahasa Arab lebih mudah "Kitabi" ( كـتابي ) sama struktur bahasanya dengan Bahasa Melayu.
Kalau "Saya lihat dia" (I saw him) kalau buku dia (His book) tidak pula mereka kata I saw his. Tetapi kalau untuk perempuan (I saw her) kalau buku dia (perempuan) (Her book) kenapa tak kata (I saw herm) kan sama dengan I saw him?. 
Mereka tidak pernah salah menggunakan "dhamir" kerana mereka ada kemahiran. Hafalan itu berada di belakang otak sedar mereka. Berbeza dengan Bahasa Arab, hafalan itu berada di hadapan otak sedar akhirnya mereka tak boleh bercakap.  INGAT! BAHASA ADALAH PERCAKAPAN tidak bercakap bermakna tiada bahasa.
Insfalah wahai semua yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Apapun bahasa yang anda pelajari, BERCAKAP adalah kuncinya. Bila bercakap anda dapat KEMAHIRAN. Bila anda mahir, apapun soalan yang datang dari mana institusi pengajian sekalipun, anda akan dapat menjawabnya.
SELAMAT MAJU JAYA!