DIMENSI Bahasa Arab
OPV Sudut Pandangan Lain Bahasa Arab
Sunday, June 17, 2012
Ada bekas pelajar yang telah berada di Kaherah menunjukkan contoh soalan Ujian Kelayakan. Tidak ada yang istimewa selain memperlihatkan kemahiran menggunakan Bahasa Arab. Apa yang dibimbangkan, ada pelajar yang akan minta guru tolong menjawabnya dan kemudian menghafalnya. Cara ini ADALAH CARA YANG SALAH untuk membantu pelajar. INGATLAH! Menghafal bukanlah satu-satunya cara dalam mempelajari Bahasa Arab. Ia perlu dimahirkan. Untuk menjadi mahir, pelajar mesti rajin membaca dan menulis karangan (Insyak) dalam bahasa Arab.
Guru-guru Bahasa Arab tidak sepatutnya membebankan pelajar dengan hafalan. Beri mereka latihan, mungkin lambat sedikit kerana untuk menjadi mahir perlu banyak latihan. Setelah mereka mahir, guru hanya memberi panduan dan pelajar sendiri akan terus mencari dan mencari. Tapi itupun berlaku bagi pelajar yang rajin. Bagi pelajar yang TERLATIH DENGAN MENGHARAP KEPADA GURU (spoon feeding) mereka tidak akan tahu cara untuk berjaya melainkan apa yang disuruh hafal oleh gurunya.
Tidakkah kita malu dengan mereka yang mempelajari bahasa Inggeris? Jika mereka kena menghafal, tentu nasib mereka sama seperti pelajar Bahasa Arab. Cuba perhatikan bila mereka ditanya "How are you?", spontan mereka jawab "Fine, thank you.". Bagaimanakah hal ini terjadi? Tidak lain kerana mereka TERBIASA. Guru masuk kelas selalu bertanya demikian dan mereka spontan menjawab. Ada masalah?
Bagaimana dengan Bahasa Arab? Adakah mereka terbiasa dengan keadaan ini?
Jika dikatakan Bahasa Arab banyak pertukaran "dhamir" (ganti nama), Bahasa Inggeris juga ada, cuma mereka tidak suruh pelajar hafal. Mereka terus praktikkan sahaja. Contoh I (saya), kalau "Buku saya" = My book. (bukan I book atau book I) orang Melayu saja yang kata "Itu buku I." (Inggeris bukan Melayu pun bukan). Bahasa Arab lebih mudah "Kitabi" ( كـتابي ) sama struktur bahasanya dengan Bahasa Melayu.
Kalau "Saya lihat dia" (I saw him) kalau buku dia (His book) tidak pula mereka kata I saw his. Tetapi kalau untuk perempuan (I saw her) kalau buku dia (perempuan) (Her book) kenapa tak kata (I saw herm) kan sama dengan I saw him?.
Mereka tidak pernah salah menggunakan "dhamir" kerana mereka ada kemahiran. Hafalan itu berada di belakang otak sedar mereka. Berbeza dengan Bahasa Arab, hafalan itu berada di hadapan otak sedar akhirnya mereka tak boleh bercakap. INGAT! BAHASA ADALAH PERCAKAPAN tidak bercakap bermakna tiada bahasa.
Insfalah wahai semua yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Apapun bahasa yang anda pelajari, BERCAKAP adalah kuncinya. Bila bercakap anda dapat KEMAHIRAN. Bila anda mahir, apapun soalan yang datang dari mana institusi pengajian sekalipun, anda akan dapat menjawabnya.
SELAMAT MAJU JAYA!
Wednesday, December 28, 2011
Yang orang paling takut ialah koma. Ertinya tidak hidup dan tidak mati. Dalam Bahasa Melayu (dulu) ada koma di atas bagi suku kata perkataan yang ada huruf 'ain. Sebenarnya menurut guru Bahasa Melayu saya (Allah Yarham), itu bukan koma di atas tetapi ialah kepala 'ain yang telah dibuang badannya. Dicipta khas oleh Allah Yarham pendeta Za'ba.
Masalahnya sekarang kesemua tanda itu telah dibuang (dihapuskan) atau digantikan dengan huruf "K". Oleh itu, masalah besar bagi orang yang namanya ada huruf 'ain. Aktivis dakwah (da'wah) yang banyak menulis kitab namanya Sa'id Hawwa. Tidak lagi berbunyi huruf 'ain pada suku kedua namanya Sa'id tetapi menjadi Said (nasib baik tidak dibaca sebagai perkataan Inggeris). Lebih malang lagi jika antara yang menyebutnya ialah ustaz-ustaz di TV.
Periwayat Hadis yang masyhur Ibnu Mas'ud, sekarang ini dibaca sebagai Ibnu Masud. Dan banyak lagi kerusakan yang berlaku pada orang dan siapa sahaja yang namanya ada huruf 'ain. Sa'diah akan dibaca Sadiah, Sa'odah akan dibaca Saodah. I'lan memang tak dikenali lagi kerana sudah jadi "Iklan", da'wah sedang menurut jejak langkah iklan dan dua tahun lagi akan disebut dakwah. Da'wat memang tiada siapa yang kenal kerana sudah menjadi dakwat. Yang pasti malang ialah bid'ah akan disebut "bidah" (Anak makcik Bedah) atau "bidkah" kerana sekarang jawatankuasa Ta'mir masjid pun sudah disebut "Takmir" (dalam Bahasa Arab jika dengan huruf "qaf" = taqmir ertinya memperjudikan).
Siapa yang boleh tolong betulkan kerusakan / kerosakan ini?
Friday, June 17, 2011
BAHASA ARAB MUDAH
Wednesday, December 15, 2010
Renungkan!
Sunday, December 5, 2010
THA, SA dan DZAL, ZAI.
Dua huruf Arab yang menjadi masalah yang ketara bila kita menyebutnya ialah “Tha ث” dan “Dzal ذ ”. Bila menuturkan perkataan yang ada huruf THA “ ث ” di dalamnya seperti hari “ثلاث ” (disebut dengan mudah sebagai SELASA dari bahasa Arab thulathaa “الثـلاثـاء ”). Begitu juga bila menuturkan perkataan yang ada huruf DZAL “ ذ ” di dalamnya seperti “ذيكير ” (disebut dengan mudah sebagai zikir dari bahasa Arab “ذكر ”). Akhirnya semua huruf “tha” telahpun menjadi “sa” dan huruf “dzal” telahpun menjadi “zal”. Lebih-lebih lagi ejaan rumi “dz” itupun telah tidak digunakan lagi dan muktamad menjadi “zal” sahaja. Tentunya pembaca tahu bezanya dengan huruf “zai” yang original.
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk menyebut “tha” dan “dzal” ini. Semasa berkursus Kaedah Mengajar Bahasa Arab, di King Sa‘ud University,
Semasa saya memberikan kursus sebutan huruf, ada guru Quran yang menambah “dengan lidah tidak menyentuh gigi atas”. Secara praktiknya apabila lidah dikeluarkan dan menyentuh gigi atas, huruf yang muncul ialah “ta”. Jadi (so), mudahkanlah pengajaran makhraj huruf ini supaya suka orang mengikutinya. Saya setuju dengan pensyarah saya di KSU Riyadh itu.
Masyarakat kita lebih sensitif lagi bila perkataan zikir itu dieja secara Arab iaitu “ذكر ”. Mereka akan senyum sinis dan bimbang ejaan itu akan dibaca zakar. Allah Yarham guru Bahasa Melayu yang mengajar saya semasa di Maahad Johor pernah mengatakan, “Tulisan Jawi adalah rahasia orang Melayu. Mereka cerdik dan bagaimana sekalipun sesuatu perkataan itu dieja, mereka tetap bolah membacanya! Tulisan Jawi adalah satu-satunya keunikan bangsa Melayu sebagaimana juga bangsa-bangsa lain mempunyai keunikan dalam tulisan Cina dan Tamil.”
Saya menambah, tentulah orang kita akan membaca “Selapas solat, sunat kita ber“ذكر ” sebagai (berzikir dan bukannya berzakar). Itulah pesan-pesan guru-guru saya yang saya hormati kerana cara berfikir mereka.
Seperkara lagi, bila seseorang menamakan anaknya “Fathi” yang ini akan disebut dengan mudah sebagai “Fati”, sama seperti kes nama “Ishak” yang disebut sebagai “ishak” (Macam solat isyak). Kedua-duanya disebut dengan cara yang sama iaitu “Fat-hi” sebagaimana “Is-hak”. Jika anda jumpa orang yang dinamakan oleh bapanya “Fathan”, sebutannya ialah “Fat-han” dan bukannya “Fatan”.
Jadi (so), sebutlah nama cucu saya dengan sebutan yang betul iaitu “ فـتحـي ” (Fa dibaris atas, ta mati, ha (pedas) berbaris bawah dan ya mati (Fat – hi). Wahai cucu cicitku, sebutlah dengan betul di masa akandatang walaupun atuk dah tak menulis lagi di blog ini. Sentiasalah ber“ذكر ” ingat Allah dan membaca Quran supaya sebutanmu betul!
Saturday, November 20, 2010
SY vs SH
Dalam Bahasa Arab huruf “syin” (ش) dan “shad” (ص) adalah dua huruf yang berbeza makhraj (cara menyebutnya). Sementara di Indonesia masih lagi menggunakan “sh” sebagai ganti huruf (ص), di Malaysia digantikan dengan bunyia yang hampir “so” contoh “solat” yang memang sudah meluas digunakan.
Bagaimanapun, akhirnya kekeliruan berlaku juga bila sukan “squash” (dalam bahasa Inggeris) dieja “skuasy”, Qais (dengan huruf “sin” dalam bahasa Arab) dieja “Qaisy” (filem Qaisy dan Laila). Jelasnya yang senang sudah menjadi susah. Di mana silapnya?
Bagai mereka yang bernama Ishak, selalu disebut "isyak"; sedangkan ia sepatutnya disebut "is dan hak" menjadi "is-hak". Kesihan mereka yang dinamakan "Ishak" oleh bapanya. Sampai bila-bila takkan menjadi "is-hak" tetapi "isyak". Sentiasalah dia bersembahyang "isyak".
Solat (atau shalat) 'Isyak sepatutnya disebut 'Isyak (dengan I yang asalnya adalah huruf 'ain). Tetapi tidak disebut dengan betul kecuali oleh mereka yang memang hendak bersolat 'Isyak dalam lafaz niat "Nawaitu fardhal 'Isyaa i arba'a raka'atin adaa an lillahi ta'ala". Tak tahulah kalau ada orang yang membaca "fardhal isyaki" sebagai orang yang disyaki.
Pastinya kelemahan huruf rumi (Latin) untuk menyebut huruf jawi/Arab adalah sangat ketara sehingga nampak si penuturnya sangat ganjil. Jika boleh diumpamakan seperti penutur bahasa Inggeris menyebut perkataan “Welcome” dalam bahasa Melayu “wel come (seperti wel comel)”, cut disebut “cut (seperti pancut)” hairannya, tidak pernah pula kedengaran orang Melayu salah menyebut perkataan-perkataan Inggeris tersebut? Hebatnya orang kita berbahasa Inggeris.
Jangan sampai silap menyebut “syak” menjadi “siak”, “syukur” menjadi “siukur” (macam sayur cekur), “syarikat” menjadi “siarikat”. Yang menambah pelik lagi bunyinya ialah keturunan Arab yang ada “Syed” di hadapan namanya sudahpun ada orang menyebutnya sebagai shed. Jelas benar kekeliruan dan kekecamukan yang berlaku dalam masyarakat (masiarakat) apabila tidak dapat menguasai sebutan huruf Arab. Apatahlagi kalau sampai menyebut solat (shalat) sebagai "syalat" (seperti syarat) atau "salad" (seperti salad pembuka selera).
Pengajaran: berlatihlah selalu menyebut huruf-huruf Arab dengan selalu membaca Quran kerana ia dapat membantu kita membetulkan bunyi. Jika menyebut perkataan Inggeris boleh dilakukan dengan tidak ada kejanggalan sedikitpun, mengapa tidak dengan bahasa Arab akar kata kebanyakan bahasa Melayu? Masih tak percaya?
Sunday, August 15, 2010
IKHLAS atau IKLAS (E-Class) ?
Sebutan perkataan Arab dalam drama Melayu yang sering menjadi anutan masyarakat ialah bila si pelakon sering menuturkan perkataan “ikhlas” (Bahasa Arab: إخلاص) disebut sebagai “iklas”. Contoh “Saya iklas ni makcik.”.
Perkataan tersebut lebih hampir kepada bunyi “E-class". Mengapakah terjadi demikian? Adakah guru-guru Bahasa Melayu tidak “PRIHATIN” untuk melahirkan penutur ikhlas yang benar-benar “IKHLAS”.
Adakah sebutan “ikhlas” terlalu ke‘araban hingga teramat sukar untuk dituturkan oleh lidah orang Melayu?
Dari kajian dan pengamatan penulis sendiri (hasil pergaulan dengan beberapa masyarakat bangsa-bangsa lain), didapati orang Melayu (khususnya yang berada di Semenanjung Tanah Melayu) merupakan orang yang paling mudah meniru sebutan bahasa bangsa-bangsa lain. Jelasnya jika mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris, sebutannya benar-benar seperti sebutan orang Inggeris. Jika merela bertutur dalam Bahasa Perancis, sebutannya saling tak tumpah macam orang Perancis. Jika mereka bertutur dalam Bahasa Arab, memang mengalahkan Arab dalam sebutan setengah-setengah huruf1. Tak percaya?
Orang Melayu juga boleh menyanyi lagu-lagu
Jadi (orang sekarang lebih suka sebut “so”), marilah kita sebut dengan betul supaya Lidah Melayu kita kekal di tahap paling berkesan, baik dan tidak dapat ditandingi oleh bangsa lain.
Catatan Kaki (Footnote la):
Arab Mesir menyebut “Qa” ( ق ) sebagai “Aa”. Di Hulu Mesir, Saudi dan beberapa negeri di utaranya mereka menyebut sebagai “ga”. Contoh “Waqaf” ( وقف ) di Mesir “Waaf” di Negeri Arab lain “Wagaf” orang Melayu sebut “Waqaf” dan telahpun menjadi sebahagian daripada perkataan Bahasa Melayu. Nasib baiklah orang Arab tidak menuntutnya sebagai hak ciptanya!